Draxler, 23, antara pemain paling hangat dalam pasaran sekarang kerana menjadi buruan banyak kelab ternama menjelang jendela perpindahan pemain yang akan dibuka Januari ini.
Selain Draxler, PSG yang kini dalam usaha untuk memperkuatkan pasukan menjelang pertemuan dengan Barcelona dalam saingan pusingan kedua Liga Juara Juara Eropah turut mendapat khidmat pemain kelab Rosario Central dari Argentina Giovanni Lo Celso.
Kelab itu yang dibimbing pengendali dari Turki, Unai Emery juga sedang bergelut dengan prestasi tidak menentu dalam Liga Perancis apabila menduduki tangga ketiga ketika ini, lima mata di belakang pendahulu, Nice.