Selepas mencatatkan kemenangan bergaya, 3-0 ke atas Hull City di gelanggang lawan awal pagi tadi, City terus mengasak pendahulu liga, Chelsea yang terdahulu menundukkan Bournemouth di Stamford Bridge.
The Blues membuka jurang kepada 10 mata dengan sebelum skuad bimbingan Guardiola itu turun menentang Hull dengan sebarang kekalahan pastinya menjadi bencana buat City.
Pengurus yang berasal dari Sepanyol itu turut mengakui tertekan sebelum jaringan penalti oleh Yaya Toure, gol Kelechi Iheanacho dan gol sendiri Curtis Davies yang akhirnya memastikan Guardiola menikmati kemenangan dalam musim pertamanya di England.
“Kadangkala anda bermain awal, adakalanya lewat, namun itu tidak bermakna walaupun anda berada tujuh atau 10 mata di belakang pasukan yang mencatat 12 kemenangan berturut-turut.
“Kami ada satu lagi perlawanan untuk menghabiskan kesemua perlawanan pada separuh musim ini dan apabila separuh musim kedua bermula, ianya seperti perlawanan akhir kepada kami jika mahu terus kekal bersaing hingga ke hujung musim.
“Tahun lalu, Liverpool dan Leicester City berpeluang besar kerana hanya mempunyai satu perlawanan seminggu, sama seperti Chelsea musim ini. Kami bermain lebih tujuh perlawanan dan satu perlawanan penting seperti Liga Juara-Juara, ini menyebabkan kami berdepan kesukaran kerana semuanya kami perlu tempuh,” katanya.