Isnin lalu, Swansea dibelasah 4-1 di halaman sendiri oleh West Ham dan kini merekodkan pungutan mata yang sama dengan pasukan di dasar liga, Hull City dengan dibezakan oleh perbezaan gol selepas 18 perlawanan.

“Kami memohon maaf kepada Bradley kerana tempoh masa yang pendek di sini. Malang sekali apabila semuanya tidak berjalan seperti yang dirancang dan kami perlu melakukan perubahan pada separuh musim kedua liga.

“Dengan kelab berdepan masa sukar, kami cuba mencari jalan terbaik bagi keluar daripada masalah ini,” kata Pengerusi kelab, Huw Jenskins.

Bekas pemain Manchester United, Ryan Giggs dan pengurus Wales, Chris Coleman merupakan nama yang disebut-sebut bakal pengganti Bradley.

Jurulatih skuad utama, Paul Williams dan Alan Curtis akan mengambil alih sementara pasukan sebelum pengurus baharu dilantik kelab berkenaan.