Kapten City, Fernandinho diarah keluar padang pada minit ke-32 setelah menerjah Johan Gudmundsson menggunakan kedua-dua kakinya dalam aksi liga di Stadium Etihad, kad merah ketiganya sepanjang enam perlawanan terakhir.

“Anda wartawan, anda boleh melihatnya dan menjelaskannya. Tolong tanya pengadil bukan saya,” kata bos City, Guardiola.

Biarpun beraksi dengan 10 pemain namun pertahanan Perancis, Gael Clichy terlebih dahulu meletakkan City di depan pada minit ke-58 sebelum penyerang Argentina, Sergio Aguero mengukuhkan kedudukan selang empat minit kemudian. Gol saguhati Burnley diperoleh menerusi percubaan Ben Mee pada minit ke-70.