Pedro Rodriguez, Michy Batshuayi dan Willian yang meledak gol dalam perlawanan itu berjaya mengelakkan skuad kendalian Antonio Conte dimalukan kelab kecil dalam saingan itu.
Bagaimanapun, layangan kad merah ke atas Terry pada minit ke-67 selepas mengasari Lee Angol nyata memberi kesan terhadap pemain berusia 36 tahun yang beraksi buat kali pertama dalam tempoh dua bulan selepas mengalami kecederaan.
Tom Nichols berjaya merapatkan kedudukan ketika Chelsea sedang mendahului 3-0 namun jaringan Pedro pada minit ke-75 berjaya memastikan kemenangan Chelsea.
Conte melakukan sembilan pertukaran dalam kesebelasan utama selepas The Blues tewas 0-2 kepada Tottenham, minggu lalu yang menyaksikan rekod 13 kemenangan berturut-turut mereka lebur.
“Keputusan pengadil harus dihirmati tetapi dalam kes ini kami akan mengemukakan rayuan.
“Jelas sekali John tidak seharusnya diberikan kad merah,” kata Conte.