Hamidin enggan me­ngulas lanjut isu tersebut hari ini, ekoran tidak mahu menganggu sambutan kejayaan Mohd. Faiz Subri yang memenangi Anugerah Puskas 2016 Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) setelah pemain tengah itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Zurich, Switzerland.

“Berkenaan (tuntutan Annuar) itu, saya akan beri satu kenyataan rasmi esok. Biarlah kita semua menikmati dahulu kejayaan Faiz pada hari ini,” katanya yang enggan mengulas lebih lanjut.

Semalam, Annuar mendakwa FAM ma­sih berhutang de­ngan Kafa menerusi pembayaran yang me­rangkumi hak pe­nyiaran, hadiah kemenangan Liga Super serta geran tahunan.

Annuar mendedahkan perkara itu selepas aksi persahabatan pramusim skuad Kelantan menentang MIFA FC dan menegaskan bahawa gaji pemain serta pegawai mampu dilunaskan sebelum sepak mula Liga Malaysia yang akan bermula pada 20 Januari ini jika FAM menyelesaikan tunggakan bernilai RM2 juta itu.