Andrea Belotti terlebih dahulu meletakkan Torino di depan sebelum pemain tengah Milan, Juraj Kucka dan Giacomo Bonaventura meledak gol kebangkitan dalam tempoh tiga minit pada babak kedua bagi memastikan tiket ke suku akhir menjadi milik mereka.

“Kami lambat panas pada babak pertama. Namun, ketika separuh masa kedua kami meninggkatkan kelajuan permainan,” kata Bonaventura.

Milan menewaskan Juventus dua kali pada musim ini iaitu ketika beraksi dalam Serie A dan final Piala Super Itali pada Disember lalu manakala Juventus menumpaskan Milan musim lalu dalam final Piala Itali.

Juventus mara ke suku akhir Piala Itali selepas menyingkirkan Atalanta 3-2.