Ghana cemerlang dalam aksi pembukaan

By
Updated: January 17, 2017

PORT-GENTIL, Gabon 18 Jan. – Naib juara, Ghana memulakan kempen Piala Negara-Negara Afrika dengan cemerlang selepas menundukkan Uganda menerusi jaringan penalti Andre Ayew manakala Mesir sekadar terikat seri tanpa jaringan dengan Mali.

Beraksi di dalam keadaan padang yang sangat teruk di Port-Gentil jelas menjejaskan kualiti permainan secara keseluruhan dengan hampir keseluruhan permainan berkesudahan tanpa jaringan dalam aksi pusingan pertama peringkat kumpulan.

Ghana kini mengetuai cabaran Kumpulan D dan menjadi salah satu daripada tiga pasukan yang berjaya merekodkan kemenangan bersama Senegal dan Congo.

Bintang West Ham, Ayew menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-30 dalam perlawanan pertama mereka selepas Isaac Isinde mengasari Asamoah Gyan di dalam kawasan penalti.