Bekas kapten Liverpool tersebut akan kembali ke Anfield sebagai jurulatih akademi dan Klopp berkata, Gerrard pasti menerima sokongannya susulan pemain berusia 26 tahun itu yang juga bekas pemain tengah England bakal memasuki fasa baharu dalam karier bola sepaknya.

“Kami telah mengadakan perbualan panjang lebar yang bagus. Semua orang dalam bilik ini lebih tahu berbanding saya, bahawa dia adalah seorang pemain yang bagus dan dia berkata, dia mahu menjadi pengurus pada masa hadapan. Ia sesuatu yang hebat.

“Daripada sudut saya, saya berkata yang saya akan membantunya sehingga dia berupaya menjadi pengurus terbaik. Saya sudah bersedia untuknya dan saya berbesar hati bagi melakukannya.

“Sekarang dia berada di akademi, ia sesuatu yang bagus buat kami termasuk dirinya sendiri, ia adalah sesuatu yang cukup sempurna,” jelas Klopp dalam sidang akhbar menjelang separuh akhir kedua Piala Liga menentang Southampton di Anfield.