Pemain antarabangsa Switzerland berusia 24 tahun itu tidak ditangkap tetapi secara sukarela hadir ke polis berhampiran selepas kejadian itu dilaporkan oleh pihak ketiga.

Menurut laporan media British, Xhaka, yang dilayangkan kad merah semasa Arsenal menang 2-1 ke atas Burnley dalam Liga Perdana pada Ahad lalu, sedang menghantar seorang rakannya sewaktu kejadian tersebut berlaku.

“Pihak ketiga telah menghubungi polis pada pukul 7:29 malam, Isnin lalu ekoran dakwaan bahawa seorang pekerja di Lapangan Terbang Heathrow, Terminal Lima, menerima gangguan beraur perkauman.

“Pihak polis telah bercakap dengan lelaki berusia 20-an itu. Dia tidak ditangkap. Dia secara sukarela hadir ke balai polis London dan disiasat. Buat masa ini, siasatan masih diteruskan ,” kata satu kenyataan yang dikeluarkan pasukan Metropolitan London pada semalam.

Arsenal bagaimanapun membuat respon berhubung kejadian tersebut dengan menyifatkan perkara itu terlalu peribadi dan menyerahkan kepada pihak polis.

Xhaka menyertai Arsenal daripada kelab Jerman, Borussia Monchengladbach dengan bayaran pramusim lebih 30 juta pound (RM166.64 juta).

Layangan kad merah itu berlaku sewaktu mewakili Arsenal selaku kesebelasan utama. Xhaka mungkin digantung empat perlawanan selepas menerima kad merah kedua musim ini.