Rashford, 19, mendapat perhatian ramai selepas meletup di United pada musim lepas apabila meledak lapan gol dalam 18 penampilan sehingga terpanggil untuk menyertai barisan skuad England mengharungi Euro 2016.
Musim ini, kehadiran Zlatan Ibrahimovic telah meletakkan Rashford di bahagian sayap serangan atau pun di bangku simpanan dan dia sekadar menyumbat tiga gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini, namun Owen percaya suatu hari nanti dia akan menjadi pemain terhebat.
“Wayne (Rooney) and Ibrahimovic dalam masa sama akan bersara dan siapa lagi yang layak untuk memakai jersi No. 9?
“Sejurus selepas dua pemain ini meninggalkan Manchester United, yang kita lihat mungkin ia tidak lama lagi, jadi kita akan tengok siapa yang akan menggalas tanggungjawab itu. Ia cukup menarik untuk dilihat.
“Salah seorangnya adalah Rashford. Apa yang boleh saya katakan, dia akan jadi bodoh kalau dia berhijrah sekarang kerana dia boleh menjadi No. 9 untuk Manchester United pada masa akan datang apabila tiba gilirannya,” ujarnya.
Owen, yang pernah bersama skuad Red Devils selama tiga tahun, percaya membuat latihan bersama Ibrahimovic, Rooney dan Anthony Martial akan meningkatkan ketajaman Rashford pada masa hadapan.