Pertahanan antarabangsa Poland, Kamil Glik terlebih dahulu meletakkan Monaco di depan pada minit ke-16 sebelum penyerang berusia 18 tahun, Mbappe menggandakan jaringan lima minit kemudian.
Gol tunggal tuan rumah diperoleh menerusi percubaan pertahanan tengah veteran Brazil, Vitorino Hilton dua minit selepas permainan bersambung.
Monaco terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Jemerson mengutip dua kad kuning dua minit sebelum perlawanan tamat.
Penyandang juara, Paris Saint-Germain mengekori rapat di tangga kedua setelah berjaya menewaskan Lille, 2-1, di Parc des Princes manakala Nice di tempat ketiga bakal melayan kunjungan Saint-Etienne esok.
“Saya mengucapkan tahniah kepada pemain, bagus untuk mengekalkan kedudukan di tangga teratas liga. Anda tidak akan menang setiap perlawanan dalam bola sepak dan adakalanya kita kena bertahan.
“Penting untuk pasukan mempunyai mentaliti seperti ini, banyak perlawanan yang tewas pada 10 minit terakhir,” kata jurulatih Monaco, Leonardo Jardim. – AFP