Pergantungan itu diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) hari ini dan tertakluk kepada kempen tersebut sahaja.

Hukuman tersebut dikenakan selepas Suarez mengutip kad kuning kedua sebelum diarah keluar padang pada minit ke-90 dalam aksi separuh akhir kedua Copa del Rey itu di Nou Camp kerana menyiku pemain lawan.

Malah, pemain kebangsaan Uruguay itu juga didapati bersalah kerana berdegil tidak mahu memasuki bilik persalinan, menyebabkannya dikenakan hukuman gantung dua perlawanan tersebut.

Pemain pertahanan Barcelona, Sergi Roberto juga akan terlepas perlawanan akhir Copa del Rey pada 27 Mei ini selepas dibuang padang pada minit ke-57 kerana mengutip dua kad kuning dalam pertemuan di Camp Nou itu.

Juara bertahan Barca menumbangkan Atletico dengan agregat 3-2 untuk mara ke pentas akhir buat kali keempat berturut-turut.