Dzeko, Totti pacu kemenangan Roma

By
Updated: February 20, 2017

ROM 20 Feb. – Edin Dzeko dan Francesco Totti menjadi nadi utama kepada kejayaan 4-1 Roma ke atas Torino dalam saingan Serie A.

Perlawanan itu juga menyaksikan Dzeko berjaya menjaringkan gol ke-19 daripada 25 penampilannya musim ini sekali gus berkongsi kedudukan bersama Gonzalo Higuain selaku penjaring terbanyak.

Kemenangan ke-18 Roma dalam kempen ini menyaksikan anak buah Luciano Spalletti mengatasi Napoli – yang menang 3-1 ke atas Chievo – dan kini kembali berada di tangga kedua carta dengan hanya ketinggalan tujuh mata di belakang pendahulu, Juventus.

“Kami sangat hebat malam ini. Selepas kemenangan di Villarreal, kami bergelut dalam persiapan menghadapi perlawanan ini namun kami berjaya mempamerkan kualiti sebenar.

Sementara itu, Totti diberi tepukan gemuruh apabila dia menggantikan Kevin Strootman pada minit ke-82.

Pemain berusia 40 tahun itu berjaya mengawal bola tinggi bagi membantu Radja Nainggolan meledak jaringan.