Tambah pemain berusia 23 tahun itu, City harus memperkemaskan benteng pertahanan mereka sekiranya mahu melangkah lebih jauh dalam kejohanan elit tersebut.
Dalam aksi di Etihad itu, The Citizens terlebih dahulu membuka tirai jaringanpada minit ke-26 menerusi ledakkan Sterling, namun ketinggalan 1-2 dan 2-3 kepada pelawata sebelum bangkit menerusi jaringan lewat dua gol Sergio Aguero serta masing-masing oleh John Stones dan Leroy Sane.
Ketiga-tiga gol pasukan pelawat muncul ekoran kesilapan penjaga gol, Willy Caballero serta dua pemain pertahanan, Nicolas Otamendi dan Stones.
Namun Sterling berkata, dia tetap teruja melihat kemenangan pasukannya tetapi percaya kemenangan mereka lebih bergantung kepada tuah.
“Keadaan menjadi sukar apabila kami ketinggalan tetapi rakan sepasukan bermain dengan sangat bagus.
“Kami bermain dengan corak kami dan terikat dengan permainan kami dan ia membuahkan hasil. Akhirnya, kami perlu memperkuatkan lagi bahagian pertahanan belakang.
“Adalah bagus untuk terbabit dalam perlawanan seperti ini. Monaco memberikan kami perlawanan sukar dan sentiasa memaksa kami bekerja keras. Kami meraih kemenangan dan itu adalah perkara yang penting, hari ini.” katanya.