Penyerang berusia 31 tahun itu sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke China terutama selepas ejen pemain itu, Paul Stretford dilaporkan telah mengadakan pertemuan dengan kelab-kelab di China.
Pengurus United, Jose Mourinho juga sebelum ini tidak menafikan mengenai kemungkinan Rooney meninggalkan kelab itu bulan ini, walaupun untuk memetrai perjanjian sebelum pintu perpindahan di China pada 28 Februari ini kelihatan tidak mungkin berlaku.
“Saya masih lagi gembira bersama kelab ini dan akan terus di sini,” kata Rooney.
Stretford dikatakan telah berkunjung ke China untuk berbincang mengenai perpindahan pemain itu dengan dua daripada tiga kelab yang dijangka menjadi pilihan iaitu Beijing Guoan dan Jiangsu Suning.
Sementara satu lagi kelab, Tianjin Quanjian tidak berada dalam senarai selepas jurulatih kelab berkenaan Fabio Cannavaro memberitahu bahawa perbincangan antara mereka tidak menjadi.