Kemenangan Real itu juga dapat menjarakkan kedudukan daripada pencabar terdekat Barcelona yang turut mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Atletico Madrid.
Real ketika ini berada di tangga teratas dengan 55 mata manakala Barcelona di tangga kedua kurang satu mata daripada pendahulu.
Pada perlawanan tersebut Villarreal paling awal mendapatkan jaringan menerusi Manu Trigueros sewaktu minit ke-50 dan Cedric Bakambu minit ke-56 sebelum Real mula mempamerkan kebangkitan.
Bale mula memberikan kelegaan apabila melompat tinggi untuk menyambut hantaran silang Dani Carvajal untuk gol pertama pasukannya selepas perlawanan berlangsung selama 25 minit di babak kedua.
Pada minit ke-74, Ronaldo meledak gol penyamaan menerusi sepakan penalti apabila bola terkena tangan Soriano yang cuba menyelamatkan keadaan kelam kabut di depan gawang tuan rumah.
Keadaan Villarreal juga bertambah parah apabila penjaga gol, Sergio Asenjo terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan dan digantikan Andres Fernandez.
Kesempatan itu digunakan sepenuhnya Real untuk terus menekan Villarreal dan Fernandez gagal menyelamatkan tandukan padu Alvaro Morata selepas menerima hantaran lintang Marcelo sewaktu minit ke-83.