Keputusan tersebut diumumkan pengurus berasal dari Sepanyol itu dalam sidang akhbar selepas tamat perlawanan liga yang menyaksikan skuad bimbingannya membenam cabaran Sporting Gijon, 6-1 di Nou Camp awal pagi tadi.

Pasukan dari Catalan itu kini sedang bersaing rapat dengan pencabar terdekat, Real Madrid bagi merebut kejuaraan La Liga ketiga kelab di bawah bimbingan Enrique.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada di atas kepercayaan yang diberikan kelab, ini merupakan tiga tahun yang tidak dapat dilupakan,” kata Erique yang menjuari dua kejuaraan liga, dua Piala Raja Sepanyol dan merangkul piala Liga Juara-Juara pada 2015 sejak mengambil alih pasukan daripada Gerardo Martino pada 2014.

Menurutu Enrique, dia telah berjumpa pengarah kelab, Albert Soler dan Robert Fernandez sebelum berakhirnya musim ini bagi membincangkan kemungkinan untuk tidak menyambung kontrak sedia ada.

“Mereka memberitahu bahawa jangan membuat keputusan terburu-buru tetapi inilah saatnya telah tiba (meninggalkan kelab).

“Ini merupakan satu keputusan yang sukar yang telah difikirkan sejak sekian lama tetapi saya rasa perlu setia dan lakukan apa yang betul, “ katanya.