Kejayaan itu menyaksikan Atletico layak secara automatik ke saingan Liga Juara-Juara buat kali keempat pada musim hadapan.
Griezmann yang juga penjaring terbanyak kelab itu meledak gol pembukaan pada minit ke-10 manakala Gameiro menambah gol peribadi ke-10 musim ini, tiga minit babak kedua bermula.
Griezmann kemudiannya menjaringkan gol kedua ketika perlawanan berbaki tujuh minit selepas menerima hantaran daripada Thomas Partey untuk melengkapkan jaringan ke-12 musim ini.
Sementara itu, Fernando Torres yang sedang dalam proses pemulihan akibat kecederaan kepala sekadar menyaksikan perlawanan itu daripada bangku penonton.