Kemenangan itu sedikit sebanyak mengubat kekecewaan PSG yang tersingkir daripada Liga Juara-Juara di tangan Barcelona yang menjelmakan kebangkitan luar biasa.

Penyerang PSG, Edinson Cavani menjaringkan gol pertama menerusi sepakan sudut yang diambilnya terkena Benjamin Jeannot sebelum menerjah masuk ke gawang sendiri pada minit ke-28 perlawanan.

Nkunku ,19, mengukuhkan kedudukan PSG apabila menjaringkan gol pada minit ke-52 selepas melakukan sepakan rendah melepasi penjaga gol, Benjamin Lecomte.

Lorient berjaya merapatkan kedudukan menerusi tandukan Michael Ciani pada minit ke-68 tetapi masih gagal menghalang PSG daripada meraih kemenangan.

“Pasukan besar sentiasa bersedia untuk menghadapi segala-galanya. Ketika kami bekerja keras, kami akui ia sangat sukar tetapi kini kami harus melihat lebih ke depan, teruskan bekerja serta cuba kekalkan kemenangan.

“Itu yang paling penting. Perkara pertama yang kami fikirkan sepanjang musim ini adalah saingan liga. Ia satu pertandingan yang membolehkan kamu bersiap sedia untuk menyertai pertandingan lain,” tegas Cavani.