Tumpuan meraih ‘ibu emas’ dari sukan bola sepak pastinya dinanti-nantikan rakyat Malaysia yang mahu skuad muda negara itu mahu meraih emas di hadapan puluahan ribu penyokong di halaman sendiri.

Skuad bimbingan Bernhardt kini giat berlatih di Padang C Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, di sini bagi mencari rentak dan keserasian sebelum Sukan SEA 2017 membuka tirainya pada 19 hingga 31 Ogos ini.

Pada 2015 di Singapura, skuad negara di bawah bimbingan Datuk Ong Kim Swee tewas kepada Vietnam dan Thailand dalam peringkat Kumpulan B.

Untuk rekod, skuad negara menjadi naib juara pada temasya yang diadakan di Kuala Lumpur pada 2001 serta meraih emas pada 2009 dan 2011 di Laos dan Indonesia.