Sikap telus Tunku Ismail yang dimaksudkan adalah berkongsi maklumat perancangan dan mengadakan sesi dialog bersama-sama penyokong bola sepak di negeri ini.

Jika sebelum ini, pemilik Kelab Bolasepak JDT itu sering mengadakan pertemuan dengan penyokong skuad Harimau Selatan, kini tiba giliran penyokong Harimau Malaysia dan peminat bola sepak tanah air berbuat demikian.

Tunku Ismail dijangka mengadakan sesi perjumpaan bersama-sama dengan penyokong bola sepak kebangsaan di Kristal Ballroom, PJ Hilton bermula pada 2 petang ini.

“Perjumpaan yang turut disiarkan secara FB Live bertujuan supaya para penyokong bersama-sama dapat melihat dan mendengar sendiri perancangan baginda dalam FAM,” menurut entri terbaharu Facebook JOHOR Southern Tigers.

Menurut laman Facebook itu, sebelum pertemuan dengan penyokong bola sepak itu, Tunku Ismail dijangka mengadakan mesyuarat bersama barisan Exco baharu FAM.

Titah ucapan Tunku Ismail pada persidangan pemilihan FAM juga akan disiarkam secara FB Live menerusi Facebook tersebut bermula pada pukul 12 tengahari. – UTUSAN ONLINE