Yusoff yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) berkata, ibunya sentiasa berpesan agar beliau menjalankan tugas dengan penuh amanah serta komited.

“Bonda pesan bila pegang jawatan besar, maka amanah pun besar kena jaga… jangan lupa diri.

“Pesanan itu memberikan saya semangat untuk lebih gigih menjalankan tanggungjawab yang diberi dengan melaksanakan tugas sebaik mungkin,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam persaingan tiga penjuru merebut kerusi Timbalan Pre­siden semalam, Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Subahan Kamal mendapat undi tertinggi iaitu 37 manakala Yusoff meraih 33 undi.

Kedua-duanya mengalahkan penyandang jawatan, Datuk Seri Afandi Hamzah yang sekadar me­nerima enam undi.