City yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan salah laku itu minggu lalu didapati melanggar Peraturan E20(a) oleh FA England selepas pemain-pemain City mengerumuni pegawai berbaju hitam pada aksi kedua-dua pasukan 19 Mac lalu.

Protes yang dilakukan dianggap keterlaluan termasuk selepas James Milner menyempurnakan sepakan penalti tersebut. Perlawanan itu bagaimanapun berakhir dengan kedua-dua pasukan seri 1-1 selepas City berjaya menyamakan kedudukan menerusi Sergio Aguero.