Wenger mengendalikan Arsenal sejak 1996, dikritik hebat oleh penyokong selepas pasukan tersebut tewas kepada Bayern Munich dalam kempen Liga Juara-Juara, termasuk terkeluar daripada kelompom empat teratas Liga Perdana Inggeris.
Pengendali kelahiran Perancis itu sebelum ini memberitahu akan membuat pengumumkan dalam tempoh terdekat berhubung masa depannya di Arsenal, namun enggan mengulas berhubung perkara tersebut setelah diajukan soalan pada sidang akhbar hari ini.
“Bukan hari ini, namun saya sudah memikirkannya. Perlukah saya berada di sini untuk dua bulan atau dua tahun? Komitmen saya tetap sama. Masa yang saya luangkan di sini tidak sama sekali mempengaruhi keputusan saya.
“Gambaran di dalam fikiran saya sudah ada. Cuma saya rasa perkara ini belum tersusun rapi,” katannya kepada pemberita di padang latihan London Colney sewaktu ditanya mengenai masa depannya.
Wenger dilaporkan mendapat tawaran untuk melanjutkan kontrak untuk tempoh dua tahun lagi bersama Arsenal.
Kali terakhir Arsenal memenangi liga adalah pada 13 tahun lalu, dan kekalahan 10-2 kepada Bayern secara agregat menyaksikan mereka tersungkur di peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara buat kali ketujuh berturut-turut.