Kekalahan tersebut menyaksikan peluang skuad Gunners untuk bersaing ke Liga Juara-Juara musim depan semakin tipis apabila ketinggalan tujuh mata di belakang tempat kelima liga, Manchester City yang mengumpul 61 mata, namun mereka masih berhutang dua perlawanan.
Palace memanfaatkan kelemahan dan kekurangan benteng pertahanan Arsenal, menerusi jaringan pembukaan Andros Townsend pada minit ke-18, diikuti Yohan Cabaye (minit ke-63) dan sepakan penalti Luka Milivojevic (minit ke-68).
“Apa yang boleh kami buat sekarang adalah memohon maaf. Saya hanya terfikir mereka (Palace) mahukan lebih. Anda boleh saksikan…anda boleh rasakan sejurus mereka membuat sepak mula,” kata pemain sayap Arsenal Theo Walcott.