Perlawanan berkenaan terpaksa ditangguhkan untuk tempoh 24 jam ekoran daripada serangan letupan yang berlaku berhampiran bas pasukan yang turut mengakibatkan pertahanan Dortmund, Marc Bartra dilaporkan patah pergelangan tangan.

Susulan daripada penangguhan perlawanan, Dortmund menerusi akaun Twitter rasmi kelab menawarkan kemudahan tempat bermalam kepada penyokong lawan yang ingin kekal di bandar berkenaan sementara menunggu perlawanan yang hanya akan dilangsungkan awal pagi esok.

“Kepada penyokong @AS_Monaco_EN! Jika anda memerlukan penginapan di Dortmund, sila periksa #bedforawayfans. #bvbasm,” kata Dortmund menerusi twit tersebut.

Menerusi hashtag tersebut, penyokong kedua-dua pasukan berkongsi gambar mereka bermalam di rumah penyokong Dortmund yang menyertai kempen tersebut.