Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman membenarkan individu berkenaan dibebaskan dengan ikat jamin RM60,000 berserta dua penjamin.
Lelaki berusia 49 tahun itu dibebaskan setelah direman selama 11 hari sejak 7 April lalu.
Siasatan awal SPRM mengesyaki lelaki itu menawarkan sejumlah wang dengan nilai ribuan ringgit kepada pemain kelab MISC-MIFA untuk mengatur keputusan perlawanan.