Keputusan itu meletakkan The Reds dua mata di hadapan Manchester City dan tiga mata di hadapan Manchester United tetapi dua pesaing mereka itu memiliki dua perlawanan dalam tangan.
Skuad kendalian Jurgen Klopp masih lagi memiliki jumlah jaringan yang banyak dalam Liga Perdana Inggeris tetapi mereka juga bolos banyak berbanding kelab lain.
Bekas pertahanan tengah Carragher yang merupakan sebahagian daripada skuad juara Liga Juara-juara ketika menewaskan AC Milan pada 2005 mempersalahkan Dejan Lovren sebagai punca kepada dua jaringan Palace.
“Dia merupakan antara pemain berpengalaman di dalam pasukan tetapi banyak membuat kesilapan, dia cuba melompat untuk memintas bola.
“Kita melihat kepada masalah sama sepanjang musim iaitu pertahanan tengah dan set piece.
“Saya rasa mereka berada dalam keadaan sukar sekarang.
“United, City dan Arsenal berada di belakang mereka. Keputusan itu memberi kesan positif kepada United dan Arsenal yang mencatatkan kemenangan,” katanya.
Sementara itu, Souness yang menjuarai tiga Piala Eropah dan lima kejuaraan liga bersama Liverpool percaya The Reds perlu menang kesemua empat perlawanan terakhir menentang Watford, Southampton, West Ham dan Middlesbrough untuk berada dalam kelompok empat teratas.