Anak buah Berizzo yang menewaskan Genk dalam saingan suku akhir menuju ke perlawanan awal pagi esok di Balaidos dengan pencapaian tiga kekalahan La Liga berturut-turut.

Ia bukan prestasi yang sesuai untuk persediaan kelab itu tetapi Berizzo yakin pasukannya akan bangkit.

“Jika kita bercakap mengenai peluang final Liga Europa. Saya fikir perlawanan ini adalah sama penting seperti itu tetapi, ini adalah perlawanan antarabangsa, jadi ia adalah perlawanan yang semua penyokong kami mahu saksikan.

“Wujud kegembiraan dan impian yang sangat jelas untuk bandar ini. Vigo sentiasa hidup dan bermimpi mempunyai sesuatu seperti ini, jadi ini adalah perlawanan yang hebat untuk bandar ini.

“Ramai pemain muda kami mempunyai pengalaman beraksi lebih daripada 100 perlawanan La Liga, jadi mereka sudah bersedia.

“Mereka matang dengan cepat untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat ini.” katanya dalam sidang akhbar pra-perlawanan.

Bagaimanapun, rekod hambar United yang hanya merakamkan dua kemenangan dalam 22 lawatan mereka ke Sepanyol sebelum ini membuka peluang untuk Celta menyimpan hasrat ke perlawanan akhir di Stockholm, akhir bulan ini.