Dia melakar rekod tersebut pada minggu yang sama berjaya meledak hatrik buat Real Madrid ketika membantu pa­sukannya membenam Atletico Madrid 3-0 dalam saingan Liga Juara-Juara, Selasa.

Bagaimanapun bintang Portugal berusia 32 tahun itu masih ketinggalan di belakang bintang pop Beyonce, Taylor Swift, Ariana Grande dan Selena Gomez di platform media sosial.

Bintang Real Madrid itu, merupakan pengguna tetap Instagram apabila sering memuat naik gambar-gambar terbaharunya dan mendapat jutaan ‘like’.

Atlet lain yang turut mempunyai pengikut yang ramai adalah dua penyerang Barcelona, Neymar dan Lionel Messi, masing-masing dengan 74 juta pengikut.

Ini bukan kali pertama Ronaldo mengukir rekod di media sosial kerana dia sebelum ini pernah mencipta sejarah di Twitter dan Facebook.

Pada 2015, nama Ronaldo tercatat dalam Guinness Book of World Records sebagai orang yang mendapat ‘like’ terbanyak di Facebook.

Setahun kemudian, bekas pemain sayap Manchester United itu kembali mencatat nama dalam buku rekod dunia sebagai atlet yang mempunyai paling ramai pengikut di Twitter dengan jumlah 47.4 juta orang.

Walaupun dihujani populariti dengan mempunyai ratusan juta peminat dan pengikut, prestasi Ronaldo tetap cemerlang apabila dia terus mencipta rekod dalam karier bola sepak­nya.