Baginda berharap skuad Tok Gajah dapat membawa pulang kejuaraan dalam pertembungan dengan Kedah di Stadium Shah Alam, Selangor Sabtu ini untuk dihadiahkan kepada rakyat negeri ini.
“Saya berdoa dan berharap pasukan Pahang akan menjuarai Piala FA dan ini adalah satu titik sejarah kepada kebangkitan semula pasukan Pahang.
“Saya juga berharap pemain dapat menggunakan segala peluang untuk menjaringkan gol,” titah baginda selepas melakukan lawatan di daerah ini di sini semalam.
Dalam pada itu, Tengku Abdullah menasihatkan semua penyokong Pahang mengikut segala peraturan ditetapkan dan tidak melakukan tindakan yang memalukan negeri.