Penyerang Spurs itu kini mendahului senarai penjaring terbanyak dengan 26 gol, lebih dua gol daripada Romelu Lukaku daripada pasukan Everton yang bakal beraksi hujung minggu ini.
Kata Kane, dia akan cuba untuk mengekalkan kedudukan penjaring terbanyak sewaktu aksi terakhir liga menentang Hull pada Ahad ini.
“Saya banyak fikirkan tentang perkara tersebut iaitu mahu mendapatkan jumlah jaringan yang banyak malah ini juga adalah kali pertama saya meledak empat gol dan ia sesuatu yang indah buat saya.
“Kini saya mahu menambah satu atau dua gol lagi dan diharap dapat melakukannya sewaktu perlawanan terakhir nanti,” kata Kane.