Mario Mandzukic, Paulo Dybala dan Alex Sandro masing-masing menyumbang jaringan buat tuan rumah di Turin, memastikan buruan kejuaraan treble kekal dalam landasan selepas mendakap trofi Piala Itali dan Serie A.

Atalanta jatuh ke tangga kelima untuk mengesahkan ke saingan Liga Europa apabila menang 1-0 ke atas Empoli. AC Milan pula kekal di tempat keenam selepas membenam Bologna 3-0, sekali gus menempah tiket ke kelayakan Liga Europa.

Kemenangan Juve ke atas pasukan yang tersingkir ke divisyen kedua, membolehkan mereka mengumpul 88 mata dalam 37 perlawanan, dengan berkelebihan empat mata di depan AS Roma yang menundukkan Chievo 5-3 Sabtu lalu.

Napoli menduduki tempat ketiga selepas ketinggalan satu mata di belakang Roma, dan mereka mengisi slot ke kelayakan Liga Juara-Juara.

Juventus, yang merupakan pasukan paling cemerlang di Itali selepas mendakap gelaran ke-33 liga, bakal bertemu Real Madrid dalam saingan akhir Liga Juara-Juara pada 3 Jun ini dalam usaha melengkapkan kejauraan treble.

“Gelaran keenam Serie A berturut-turut merupakan satu perkara yang sangat signifikan,” kata penjaga gol Juve berusia 39 tahun, Gianluigi Buffon yang pernah memenangi kejuaraan Serie A bersama kelab itu.