Pemain kelahiran Lebanon berusia 33 tahun itu telah meledak 18 gol hasil daripada 12 penampilannya bersama skuad Kelantan musim ini.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dipilih sebagai Pemain Terbaik Bulanan bagi edisi April. Sekarang saya bermain bersama JDT, pasukan baharu, keluarga baharu dan saya menyukainya.

“Insya-Allah JDT akan memenangi Liga Super pada musim ini dan disebabkan itu saya perlu menjadi penjaring terbanyak dalam liga. Saya juga yakin JDT akan menjuarai Piala AFC.

“Saya datang ke mari (JDT) untuk menjaringkan gol dan memenangi perlawanan. Di sini ramai pemain yang bagus dan kami ada peluang untuk menjaringkan gol. Saya belum puas dan akan terus memburu gol. Saya mensasarkan 30 atau 35 gol untuk musim ini,” katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.