Pengurus England, Gareth Southgate berkata dia akan menentukan kapten skuad The Lions dengan memantau prestasi pemain berdasarkan perlawanan demi perlawanan.

Southgate turut menghamburkan pujian kepada Kane yang mempunyai kualiti pemimpin meskipun berusia 23 tahun bagaimanapun penjaring terbanyak Spurs itu berkata dia sudah bersedia untuk menerima tanggungjawab sebagai kapten.

“Secara peribadi, saya fikir tidak (terlalu cepat diberi tanggungjawab sebagai kapten). Saya pernah menjadi kapten Spurs beberapa kali. Jika anda kerap memakai lilitan kapten ia membantu anda untuk menjadi ketua pasukan.

“Ini perkara yang menarik namun dalam pasukan ini pada masa kini perlu ada pemain yang lebih daripada sekadar seorang pemimpin di luar sana. Bagi saya, tidak terlalu awal (menjadi kapten) namun ini adalah pandangan sahaja,” kata Kane.