Katanya, kebanyakan pemain skuad bawah 22 tahun (B22) negara ini kurang mendapat tempat dalam kesebelasan utama negeri atau kelab Liga Malaysia sekali gus mendedahkan mereka untuk melakukan kesilapan individu yang tidak sepatutnya.

“Persahabatan menentang Felda United (Selasa lalu) mendedahkan kelemahan ini, (jadi) bermain di peringkat tertinggi (menentang skuad bawah 22 China dan dua kelab Guangzhou), kesilapan begini mampu memudaratkan pasukan.

“Kita kena pastikannya tidak berlaku. Tahap kecergasan pemain bagi dua atau tiga minggu sebelum setiap kejohanan yang disertai amat penting kerana jadual latihannya bakal berbeza,” katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.