Bos The Blues, Antonio Conte membuat keputusan dia mahukan Bakayoko selepas pemain berusia 22 tahun itu membuat penampilan bersama Perancis pada bulan lalu.
Pemain tengah itu menikmati musim cemerlang di Monaco apabila membantu kelabnya menjuarai Ligue 1 selain mara ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara.
Matic merupakan watak utama ketika The Blues menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu namun pengurus dari Itali itu bersedia melepaskannya jika Bakayoko menyertai Chelsea.
Matic, 28, berminat untuk ke Old Trafford supaya dia dapat kembali bekerjasama dengan bekas jurulatihnya, Jose Mourinho.