“Hari ini hubungan profesional kami tamat dan saya akan mengekalkan memori bersama pemain yang menjadikan Juventus sebagai kelab yang hebat,” kata pemain berusia 34 tahun itu.
Alves yang menyertai Juventus daripada Barcelona musim lalu dikatakan mahu menyertai bekas jurulatihnya, Pep Guardiola di Manchester City tetapi pemain itu tidak memberikan sebarang bayangan ke mana hala tujunya selepas ini.
“Saya tidak bermain bola sepak kerana wang. Saya bermain kerana saya suka kerjaya ini dan menghormati semua yang terlibat di dalamnya…wang tidak akan mengekalkan saya di satu-satu tempat,” katanya.