Skuad bimbingan Bruce Arena seri 1-1 dengan Panama dalam perlawanan pembukaan dan sekali lagi gagal mempamer aksi meyakinkan ketika berdepan negara kerdil Martinique, sebelum jaringan Morris pada minit ke-76 memastikan kemenangan pasukannya.
Arena melakukan lapan pertukaran berbanding pasukan yang seri dengan Panama, tetapi AS gagal membentuk momentum apabila terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama.
Omar Gonzalez membuka jaringan tuan rumah pada minit ke-53 untuk gol antarabangsa keduanya dan AS menggandakan kedudukan 2-0 pada minit ke-64 selepas Morris menyudahkan hantaran cantik Eric Lichaj.
Martinique bagaimanapun merapatkan kedudukan pada minit ke-66 menerusi rembatan Kevin Parsemain dari luar kotak penalti, sebelum menyamakan kedudukan pada minit ke-75 selepas Johan Audel menyambut bola lantun sebelum menewaskan penjaga gol AS, Brad Guzan.
Bagaimanapun hanya seminit kemudian, Morris belari untuk menyambut hantaran Gyasi Zardes dan melepaskan tendangan yang memastikan kemenangan tuan rumah.
Kemenangan itu membolehkan AS mengungguli Kumpulan A dengan berkongsi empat mata bersama Panama.