Penyerang 23 tahun itu menyertai kelab gergasi Itali itu selepas menghabiskan tempoh tiga tahun di Florence dan telah menjaringkan 11 gol dalam saingan Serie A musim lalu.
Juventus menerusi laman web kelab, www.juventus.com berkata, penyerang berbakat itu berupaya menyerlah pada masa akan datang.
“Era baharu akan bermula di Turin dan Federico Bernardeschi akan jadi tunjang kepada kelab,” kata kenyataan dalam laman web rasmi kelab Itali itu, hari ini.