Cassano, 35 tahun yang diselubungi dengan sejarah hitam berkaitan disiplin dan masalah berat badan menyertai kelab Verona dua minggu lalu dan berkata pada Selasa lalu bahawa dia bakal mengakhiri kariernya dan menarik balik kenyataan tersebut beberapa jam selepas itu.
Pada hari ini pula, dia sekali lagi membuat pengumuman untuk bersara dalam akaun Twitter milik isterinya Carolina Marcialis (@chriscarol99).
“Antonio Cassano tidak akan bermain bola sepak selepas ini.
“Saya memohon maaf kepada semua penyokong Verona, presiden kelab itu, Maurizio Setti, pengarah sukan, Flippo Fusco serta jurulatih Fabio Pecchia, rakan-rakan sepasukan dan semua kakitangan kelab.
“Buat masa ini keutamaan saya adalah untuk sentiasa bersama anak dan isteri,” kata Cassano.