Keita dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool sebelum ini namun dua tawaran yang dikemukakan The Reds ditolak kelab itu.
Jurgen Klopp dipercayai menjadikan Keita sebagai sasaran No.1 satunya pada musim panas ini selepas pemain itu beraksi cemerlang dalam tahun pertamanya di Jerman.
Bagaimanapun, Leipzig menegaskan bahawa Keita tidak akan dijual membuatkan Liverpool sudah mula hilang minat untuk mendapatkan pemain itu.
Tetapi, akhbar Bild mendakwa Leipzig bukan sahaja membuat pusingan U namun pada masa sama sedang mencari pengganti sesuai untuk pemain itu.
Pengarah Sukan, Ralf Rangnick sedang menunggu laporan selain sudah menghantar pasukan pemantau untuk mencari pengganti sesuai.
Kehadiran Keita di Liverpool akan memberi impak besar kepada The Reds pada musim perpindahan kali ini dengan pencabar mereka seperti Manchester City, United dan Chelsea sedang berbelanja besar untuk mendapatkan pemain.