Pengendali pasukan itu, Zahasmi Ismail berkata, kekalahan besar tersebut bukan penamat kepada The Red Warriors (TRW) dalam usaha kekal dalam saingan Liga Super.
Menurutnya, sebaliknya dia mahu menjadikan kekalahan besar itu sebagai titik kebangkitan semula TRW dalam perlawanan selepas ini.
“Saya akan jadikan kekalahan besar ini sebagai pengajaran untuk kita bangkit,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pada perlawanan tersebut, Kedah membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh menerusi Mohamad Ariff Farhan Md. Isa.
Penyerang sensasi Kedah, Ken Ilso Larsen menyumbang dua gol masing-masing pada minit ke-48 dan 60.
Pemain tengah dari Brazil, Sandro da Silva terus meletakkan tuan rumah selesa mendahului 4-0 menerusi jaringan pada minit ke-70 sebelum ledakan gol keduanya untuk melengkapkan malam gemilang tuan rumah.