Tetapi itulah yang berlaku apabila menyaksikan semua tiket habis dijual walaupun ia sekadar perlawanan pertunjukan yang diadakan di luar bumi Sepanyol buat kali pertama dalam tempoh 35 tahun buat kedua-dua pasukan dan pertemuan pertama kali dalam sejarah di Amerika Syarikat.
Kali terakhir dua kelab gergasi Sepanyol itu bertemu di luar Sepanyol ialah pada 1982 di Venezuela sebaik berakhir Piala Dunia pada masa itu namun ia tidak disiarkan langsung di televisyen sekitar Eropah.
Bagaimanapun aksi El-Clasico kali ini bakal mendapat liputan terbaik dan eksklusif apabila ESPN telah menempatkan 25 wartawan dan pengacara untuk melakukan siaran langsung perlawanan yang dijangka akan menjadi acara tahunan selepas ini.