Sanchez dilaporkan mahu meninggalkan The Gunners dan menyertai Manchester City sambil Paris Saint-Germain (PSG) turut menyatakan minat untuk mendapatkan penyerang Chile itu.

Dia tidak menyertai pasukan dalam aksi Piala Emirates kerana mengalami masalah kesihatan tetapi tetap membuatkan berita penghijrahannya menjadi semakin hangat diperkatakan.

Selain Sanchez dan Ozil, pemain lain yang turut memasuki fasa terakhir kontrak adalah Jack Wilshere, Alex Oxlade-Chamberlain, Santi Cazorla dan Kieran Gibbs.

“Ia adalah situasi yang menarik. Semua orang perlu beraksi dengan baik. Pada masa akan datang anda akan menyaksikan lebih ramai pemain yang sampai ke penghujung kontrak tetapi sebagai pemain bola sepak, anda perlu beraksi di tahap terbaik sehingga ke hari terakhir kontrak.

“Tiada siapa tahu Sanchez akan kekal atau tidak. Saya rasa dia akan terus berada di sini,” katanya.