Bekas pemain sayap Chelsea itu melengkapkan perpindahannya ke Anfield dari AS Roma pada bulan lalu menerusi transaksi yang dianggarkan mencecah 50 juta euro (RM253 juta) sekaligus memecahkan rekod perpindahan kelab tersebut.

Kehadiran Salah dilihat memberikan tenaga serangan tambahan buat skuad kendalian Jurgen Klopp, dengan menyertai Philippe Coutinho, Sadio Mane, Roberto Firmino serta Adam Lallana.

Tambah Matip berkata, dia berasa amat lega kerana tidak perlu berhadapan dengan rangkaian serangan tersebut.

“Salah pernah bermain di England. Dia memiliki kemahiran menggelecek yang tinggi serta tempo dan penyudah di depan gol yang hebat, sesuatu yang pastinya memberikan masalah besar kepada setiap pertahanan.

“Kini, kualiti dapat dilihat daripada semua aspek pada jentera serangan dan sudah tentu ia menyukarkan pihak lawan,” kata Matip.

Liverpool bakal menentang Bayern Munich dalam saingan pra-musim Piala Audi esok selepas berjaya menewaskan Hertha Berlin 3-0, Sabtu lalu dan menyaksikan Salah menjaringkan satu gol.