Manchester United dikaitkan dengan usaha mendapatkan pemain sayap yang masih memiliki kontrak dengan Real sehingga 2022.

Bale merupakan pemain terbaik untuk United bagi membina semula skuad itu dan mereka akan berdepan Real, awal pagi ini.

Mourinho tidak berhasrat untuk menyembunyikan minatnya untuk mendapatkan Bale tetapi perancangan perpindahan itu terpaksa dihentikan seketika bagi melihat sama ada pemain berusia 28 tahun itu akan beraksi dalam kesebelasan utama kelab itu atau sebaliknya.

“Sekiranya dia beraksi, saya tidak akan meneruskan hasrat ini kerana jelas sekali dia berada dalam perancangan jurulatihnya dan kelab itu selain memiliki motivasi untuk meneruskan aksi di Real.

“Saya tidak terfikir lagi mengenai kemungkinan itu.

“Jika dia tidak berada dalam perancangan kelab, kehadiran pemain lain memberi bayangan bahawa dia sudah tidak diperlukan dan saya akan menunggunya di sini selain bersaing dengan jurulatih lain yang mahu mendapatkannya.

“Jika dia bermain esok, itu adalah pengesahan terpenting bahawa pasukan itu masih memerlukannya,” kata Mourinho.