Gergasi Sepanyol itu sudah mempunyai minat terhadap Coutinho, sebelum perpindahan Neymar yang mencecah nilai 222 juta euro (RM1.12 bilion) ke kelab ibu negara Perancis itu pada minggu lalu.
Dalam salah sebuah akhbar yang berpangkalan di Barcelona melaporkan, kesepakatan untuk mendapatkan pemain berusia 25 tahun itu akan diketahui beberapa jam sahaja lagi memandangkan pegawai Barca sudah berada di England semalam untuk menyelesaikan perjanjian tersebut.
Sport dan ESPN Deportes masing-masing mendakwa Barca akan membayar yuran perpindahan 90 juta euro (RM453 juta).
Bagaimanapun, menurut ESPN, bayaran bonus akan meningkatkan jumlah keseluruhan kepada 120 juta euro (RM604 juta).