Ciro Immobile meletakkan Lazio berkelebihan 2-0 menerusi sepakan penalti dan tandukan, masing-masing pada minit ke-31 dan 52.
Kelebihan tersebut bagaimanapun tidak bertahan lama apabila penyerang Juve Paulo Dybala menyamakan kedudukan buat juara Serie A dan Piala Itali itu hasil sepakan bebas pada minit ke-85, diikuti penalti minit terakhir daripadanya.
“Pasukan saya berhak meraih kemenangan ini. Mereka bermain dengan sangat cantik dan berhak menjulang trofi di hadapan penyokong sendiri.
“Dengan kemenangan ini diharap ia dapat menyuntik semangat dan motivasi kami untuk terus berjuang pada perlawanan berikutnya,” ujar jurulatih Lazio Simone Inzaghi.